Foto – foto baru di Flickr

PLASTER CEILING DECOMAWADDAH AT CAFE IKHWAN BKT BINTANG

THE STABLELAHAR YOOI AYAM HALAL FABULOUS

Lebih 20 keping foto baru ( ihsan Zailani dari Australia ) baru diupload di Heliconia’s Flickr attached kepada blog ini. Banyak lokasi foto tidak dapat dikenal pasti seperti Kafeteria, Farmasi, Cafe Sudut Rasa, Surau,  Koleksi Pakaian dsb. Diharap dapat update kpd saya akan lokasinya di ruangan komen Flickr, blog ini atau melalui e-mail dsb. Terima kasih.


Ilmu Ilham Sumbernya Dari Tuhan

ilham

1. Apa itu Ilham?

Ilham itu ialah satu bentuk ilmu yang Tuhan berikan secara langsung kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Nama lain bagi hamba-hamba ini ialah Wali Allah. Ilham diberikan kepada mereka sebagai karamah atau kemuliaan untuk membantu mereka memahami isi Al-Quran dan Hadis. Dikatakan juga ilham itu satu cabang daripada kasyaf.

2. Kenapa dikatakan kasyaf pula?

Roh seorang hamba Allah kalau ia terlalu bersih, mata hatinya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.  Berlaku samada Allah singkap tabir Loh Mahfuz dan dinampakkan ilmuNya di sana kepada mereka atau boleh jadi juga didapatkannya ilmu itu terus masuk ke dalam hatinya tanpa melalui perantara lahir seperti guru atau bahan bacaan.

3.  Ada yang mendakwa seolah-olah wahyu belum selesai atau syariat belum lengkap.

Perlu diingat, siapa yang mendakwa sebegitu, bererti dia mempermain-mainkan hukum Tuhan kerana jelasnya wahyu itu hanya khusus kepada Nabi dan Rasul. Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah pernah menegaskan dalam satu hadis beliau, “tidak ada lagi nabi sesudahku”. Bila Nabi atau sudah tiada lagi, bererti perutusan Allah dalam bentuk wahyu terhenti setakat Nabi Muhammad s.a.w. Mengenai wahyu yang terakhir sekali turun, ulamak berbeza pendapat, ada yang mengatakan ayat 3, surah Al-Maidah, Tuhan berfirman: Pada hari ini, telah kusempurnakan agama kamu…”. Ada juga yang yang mengatakan yang terakhir itu ayat tentang riba, ayat 278 dalam surah Al-Baqarah. Ini semua sedia maklum dan ini jelas, sejelas-jelasnya.

Dalam ayat 3, surah Al-Maidah itu juga memberi petunjuk kepada kita yang syariat itu telah lengkap. Sedangkan peranan ilham itu, dengannya Al-Quran dan Hadis boleh ditafsir dan dikupas mengikut suasana dan keadaan semasa. Benarlah seperti yang dinukilkan Imam Syaarani: Wahyu itu membawa syariat baru sedangkan ilham itu mendatangkan pengertian baru pada syariat itu. 
Jadi, tidak timbullah cakap-cakap yang mengatakan ilham itu wahyu.

Kalau kita bercakap soal hakikat, ilham dan wahyu itu rupa bentuknya lebih kurang sama. Yang nyata, ia adalah ilmuDatangnya daripada sumber yang sama, iaitu langsung daripada Tuhan. Kemudian, ia diberi kepada orang pilihan Tuhan atau disebut sebagai ‘orang Tuhan’ ( Rijalullah ) . Itulah dia para Rasul, Nabi, Mujaddid dan yang seangkatan dengannya. Bukti yang ia adalah sama, mari kita renung maksud at Al-Quran berikut:

Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa (Al-Qasas :7)

Dan Kami wahyukan kepada lebah (An-Nahl : 68 )

Perkataan yang Tuhan gunakan dalam ayat-ayat tersebut adalah wahyu. Malah dalam kitab-kitab tafsir ada diterjemahkannya secara direct kepada wahyu. Walhal kita pun tahu, ayat tersebut tidak boleh kita ambil makna lahirnya. Kena ada huraiannya atau tafsirannya. Setelah kita mengkaji, sahihlah yang ayat tersebut merujuk kepada ilham. Persoalan yang menarik di sini, mengapa disebut wahyu? Menunjukkan ilham dan wahyu, pada umumnya adalah benda yang sama.

Untuk lebih tepat lagi, kita ambil satu hadis Rasulullah yang ada menyebut, mimpi yang benar itu 1/46 bahagian daripada kenabian”. Mentakwil atau menghuraikan hadis ini bolehlah dikatakan ilham itu juga 1/46 kenabian atau sekira-kira satu juzuk daripada kenabian. Dalam perkataan lain, ia adalah wahyu yang sudah dinipiskan atau diringankan. Jelasnya wahyu khusus untuk nabi dan rasul, maka tak layaklah yang bukan nabi atau rasul menerima wahyu. Hanya  mereka yang mewarisi nabi dan rasul ini iaitu mujaddid dan para wali Allah itu diberikan ilham yang tarafnya jauh lebih rendah daripada wahyu.

4. Apa syarat untuk menerima ilham ini?

Ilham boleh diberikan kepada sesiapa yang Tuhan kehendaki. Ia adalah hak Tuhan. Namun, ada panduan daripada Tuhan. Contohnya:

Firman Allah: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu (Al-Baqarah: 282)

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nescaya Allah akan ajarkannya ilmu yang dia tidak tahu.

Perkataan Allah mengajar” di sini membawa pengertian ilham. Orang yang bertaqwa Tuhan berjanji untuk bekalkan ilham. Lebih-lebih lagi kepada orang bertaqwa yang mempunyai peranan untuk memimpin dan mendidik manusia seperti mujaddid. Maka Tuhan akan beri ilham kepadanya dengan mengajar ilmu yang seni-seni bagi membantu perjuangan mereka.

5. Bagaimana jika ada yang mengatakan Al-Quran dan Hadis sudah lengkap dan kita tidak memerlukan ilham.

Itu seperti menafikan terus ilham, walhal ia adalah anugerah Tuhan kepada hambaNya terutama selepas wafatnya Rasulullah. Mungkin mereka menyokong penyataan mereka dengan membawa hadis Rasulullah: “Aku tinggalkan kamu dua  perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.” Itu asas. Tak boleh berpegang kepada asas sahaja. Kita lihat hadis ini pula, “Sesungguhnya Allah akan utuskan kepada umat ini di setiap awal kurun seorang mujaddid”.

6. Kalau Al-Quran dan Hadis sudah lengkap, apa tujuan Allah datangkan mujaddid?

Jelasnya Allah berbuat demikian kerana Allah lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, Dia datangkan mujaddid bukan untuk membawa syariat baru tetapi menghidupkan kembali roh agama atau roh syariat agar agama Tuhan diamal dan diperjuangkan oleh hamba-hambaNya. Yang terlebih penting, membawa manusia kembali kenal, cinta dan takut Tuhan. Daripada mana kekuatan mujaddid ini? Dengan ilham itulah dapat membantu mujaddid memainkan peranannya.

7. Di dalam Al-Quran, kita biasa bertemu dengan ayat-ayat yang menyebut tentang hikmah. Apakah ia benda yang sama dengan ilham?

Ya, memang ada ayat tentang hikmah seperti berikut:

Dia memberikan ilmu hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah : 269)

Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman : 12)

Di sini dapat kita perhatikan hikmah itu sebangsa dengan ilham. Malah boleh disebut juga dengan perkataan lain seperti ilmu laduni atau ilmu tanpa belajar.

8. Masalahnya, mengapa ada orang  menolak  ilham?

Ada banyak kemungkinan, antaranya ialah: Pertama, umat Islam sudah tidak diberi pendedahan tentang ilmu-ilmu seperti ini. Ilham ini adalah cabang daripada ilmu tasawufOrang sekarang kebanyakannya banyak tertumpu kepada fekah sahaja. Bila diceritakan tentang bab ilham, terus melenting mengatakan ia tiada dalam ilmu Islam,  malah dikatakannya boleh membawa kepada kesesatan. Padahal dia tidak belajar sebab itulah dia tidak tahu.

Kedua, dia tahu hal-hal sedemikian ada dalam Islam tetapi pura-pura kata tidak ada sebab dia sudah terkena penyakit hasad dengki atau sakit hati.

Ketiga, dia bawa aliran dia sendiri, kononnya hendak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sahaja dan menafikan ijmak ulama dan qias. Orang seperti ini biasanya tidak menerima boleh berlakunya ilham. Malah, dia tidak berpegang kepada mana-mana mazhab feqah yang empat. Walhal Al-Quran dan Hadis ditafsirnya mengikut akalnya sendiri secara harfiah.

Sumber : Internet

copy-of-ilham2Ya Allah!  Bestow peace and blessings upon them ,

the light of all lights, 
and the secret of all secrets,
and the remedy of all illness,
and the key to all success.

He is the Head of all leaders

Sayyidina Muhammad the chosen Messenger
and upon his wholesome family
  
and upon his respectable Companions
for as much as Your contentment and greatness
.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,181 other followers