Foto-foto Ekspo & Hiburan Islam GISB di Thailand

Sumber : BBM Group

20130629-173705.jpg

Promosi bersiaran dengan lori

20130629-173715.jpg

Ucapan Sh Muhammad Adam dari Thailand, majlis dirasmikan wakil Gabenor Satun

20130629-173727.jpg

Persembahan hiburan Islam, 28 Jun 2013


Radio Show on Obedient Wives Club @Evening Edition BFM 89.9

(This is a download from BFM 89.9. The Business Station) Please kindly listen to the whole program I have uploaded into the Boxnet located at the sidebar of this blog —>

Caroline Oh :
BFM 89.9, The Business Station. I am Caroline 0h
Ezra Zaid :
And I am Ezra Zaid
Caroline Oh :
This is evening we are going to be talking about the Obedient Wives Club.

Ezra Zaid :
A nice little light topic for our listeners out there. We will be chatting, addressing the role of sex, gender politics in Islam and in our studio today we have  a committee member of the infamous but misinformed Obedient Wives Club, Dr Azlina Dato Jamaluddin, she’ll be sharing her thoughts with us and clarifying to us much of  the headlines that had been made and of course we have today, representing SIS, a group which seeks to articulate women’s rights in Islam which also fights for justice and equality for muslim women.

Caroline Oh :
Representing SIS is the familiar name to all Malaysians and needs little introduction, Datin Paduka Marina Mahathir who is the member of Board of Directors of SIS.
As well as Dr Ahmad Farouk Musa of the Islamic Renaissance Front. Thank you so much for joining us.

Ezra Zaid :

We have three wonderful perspectives for the survival of our discussion.

Caroline Oh :

Let’s start with you Dr. Lets start how the OWC started and where it originate from, the whole idea.

Dr Azlina :
Seeing what is happening in public these days, there is a survey in the internet that says at every 15 minutes there is a divorce and every 17 minutes, there is a baby being discarded. Members of the club were initially before, started a group of people from Global Ikhwan, comprising about 1000 ladies, we got together and thought, if the basic unit was stable, then we could have out there in public, in the community, once the unit, the basic unit, the family unit is stable then there will be less divorce and less children being discarded, basically, that was the idea. So, get back into the right track, starts going back to the Quran and Sunnah, so that you follow God’s way, then everything will be right. Read the rest of this entry »


(II) Strategi Menawan Barat

        ozshow

  Group Nasyid Mawaddah di Australia bersama bekas PM, John Howard

Untuk menawan Barat, ada dua cara yang sangat berkesan, insyaALLAH, iaitu:

1. Melancarkan peperangan fikiran.

2. Melancarkan peperangan sikap (lisanul~hal).

1. Peperangan Fikiran

a) Hantarkan mesej Islam ke Barat melalui segala bentuk media termasuk  melalui penggunaan medium internet, menggunakan gaya dan bahasa yang menarik untuk bangsa itu. Pastikan bahawa kandungan mesej itu ialah ubat kepada jiwa dan fikiran mereka yang sedang kekosongan dan kegelisahan itu. Maknanya Islam yang hendak dihantar ke sana, untuk peringkat awal bukannya hukum-hakam dan peraturan hidup Islam tapi Islam yang mampu mengungkai segala simpulan kekafiran dan kedegilan dalam fikiran mereka. Serta yang lebih penting ialah ilmu Islam yang dapat mengisi kekosongan jiwa dan mengubat jiwa yang sakit. Bila orang Barat itu melihat jawapan dan penyelesaian kepada masalah hidup mereka ada dalam Islam, maka mereka tidak teragak-agak lagi untuk menganut Islam, insya-ALLAH, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

b) Untuk mengiringi alat-alat atau senjata-senjata peperangan fikiran yang dipaparkan kepada Barat, supaya kita dapat memastikan kesan dan maklum balas dari mereka, lebih-lebih lagi harus melakukan penekanan dan follow-up serta didikan kepada mereka yang sudah jatuh hati kepada Islam dengan dikirim kader-kader dakwah atau mubaligh-mubaligh seramai mungkin ke tempat mereka. Kader-kader itu hendaklah kader yang sudah terlatih yakni sudah mahir dalam bidang praktikal dakwah. Tentunya yang tahu berbahasa Barat, ilmunya cukup, akhlaknya baik dan pengalaman hidup agak luas sama ada tentang hidup dunia atau mengenai kehidupan Akhirat.

Setiap kali menghantar mereka (kader atau mubaligh) ke sana, mereka dibekalkan lagi buku-buku, risalah, filem, video dan lain-lain senjata peperangan fikiran itu. Supaya ianya dapat disebarkan ke setiap pelusuk tempat di negara Barat itu. Mereka akan dekati masyarakat terutama muda-mudi untuk diajak berfikir tentang corak kehidupan yang mereka sedang jalani, tentang matlamat hidup, tentang kebahagiaan sebenar dan lain-lain lagi ajaran dan fikiran Islam.

Sesuai dengan watak orang Barat yang suka berbincang maka cara ini diharapkan dapat membuka fikiran mereka untuk melihat kepada Islam dan seterusnya menganutnya, insya-ALLAH.

21082007_001_

foodvan

 Cafe Love and Care dan Food Van di Perth, Australia.

2. Peperangan Sikap  ( Lisanul Hal )

Biasanya teori yang cantik saja tidak cukup untuk meyakinkan manusia tentang kebenaran dan keindahan sesuatu ajaran itu. Hanya bila dipraktikkan barulah ianya menjadi sesuatu yang benar-benar diyakini kebenarannya. Demikianlah dengan Islam yang hendak kita kirimkan ke Barat sana. Kalau kirim ilmunya saja, mungkin tidak cukup lengkap untuk dilihat keindahan dan kebenarannya. Sebaik-baiknya dikirim bersama-sama mereka contoh Islam yang praktis yang menghasilkan kehidupan yang benar-benar tenang dan bahagia itu.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan.

Kader-kader yang sudah terlatih yang dikirimkan ke Eropah atau memang mereka sudah belajar di sana itu, usahakan agar mereka ini dapat terus tinggal di Barat dan menjadi warganegaranya. Apabila langkah ini berjalan maka mereka ini diarahkan bertindak seperti berikut:

a) Bekerja di pejabat-pejabat atau berniaga atau buat apa-apa tugas yang membolehkan terlibat secara langsung dalam masyarakat Barat. Maka bekerjalah dengan disiplin kerja dan akhlak yang diajarkan oleh Islam. Yang mana hasilnya nanti, orang-orang Barat akan tertarik dengan kerajinan, kejujuran dan baik budinya orang-orang yang beriman.Kalau selama ini mereka lihat orang-orang Islam lain di Barat sama saja perangainya dengan orang Barat yang bukan Islam, maka tentu kelainan yang dibawa akan menarik perhatian mereka untuk mengetahui tentang Islam itu.

Dalam pada itu, perlu diingatkan supaya para da’i menunjukkan syiar Islam dalam setiap inci hidup mereka. Islam mesti ditonjolkan dalam sebarang bentuk dan sikap. Umpamanya pakaian. Maka dalam hal pakaian, pendakwah kenalah mengikut Sunnah ( sekurang-kurangnya menutup kepala ) supaya orang Barat itu faham bahawa Islam memang unik hingga ada pakaian sendiri yang tujuannya pula tersendiri. Bukan menafikan terus tentang adanya orang-orang yang akan mencemuh pakaian Islamik. Cuma kita harus faham bahawa bilangan mereka tidak ramai, dan lagipun memang orang-orang yang akan tertarik pada Islam ini bukannya semua sekali. Hatta umat Islam sendiri pun ada yang menentang cara Islam ini.

b) Usahakan perkahwinan antara kader-kader dengan wanita-wanita Barat yang sudah ramai memeluk agama Islam hari ini. Kemudian binalah rumahtangga Islam yang indah dan bahagia yang jarang lagi  berlaku di Barat. Yakni si suami sangat bertanggungjawab dan si isterinya taat. Dari sana lahirlah kasih sayang yang hakiki dan suasana hidup yang harmoni. Pergaduhan dah pertengkaran jarang terjadi. Bahkan mereka sentiasa seiring bersama dan tidak berlaku suami keluar pintu depan, isteri keluar pintu belakang.

Hal ini sudah tentu menawan orang Barat. Bagaimana Islam boleh menjadikan rumahtangga manusia yang indah dan bahagia begitu? Maka mereka akan belajar dari Islam rahsia ini dan seterusnya akan tertarik kepada Islam, insyaALLAH. Sebab masalah rumahtangga adalah di antara masalah yang kronik yang sedang dihadapi oleh Barat kini. Kiranya mereka melihat rumahtangga yang bahagia, tentu mereka akan tertarik dan mempelajarinya.

c) Kader-kader yang sudah berumahtangga itu, galakkan mereka tinggal berkelompok supaya kita mudah bangunkan sebuah masyarakat Islam contoh. Di dalam kelompok tersebut, tegakkan sistem kemasyarakatan (sosial) Islam yang dihiasi suasana hidup berkasih sayang, bertolong bantu, tidak berkasta-kasta, bermaruah dan bersopan, berakhlak dan berlemah lembut serta boleh memberi bantuan kepada orang bukan Islam yang susah. Hal ini kalau disaksikan oleh orang Barat tentu sangat memberi kesan pada jiwa mereka.Tidak mustahil mereka akan peluk Islam kerana itu.

Selain dari menjalankan sistem sosial, bangunkan juga sistem pendidikan Islam terutamanya untuk anak-anak. Diharapkan sistem pendidikan Islam ini akan dinilai sebagai jalan keluar kepada sistem pendidikan Barat yang sudah gagal itu. Bila mereka lihat adanya pendidikan yang melahirkan manusia yang begitu berakhlak, sangat menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa, itu sudah cukup untuk membuat orang Barat itu jatuh hati dan menyerah diri atau angkat tangan dengan Islam.

d) Satu lagi strategi penting untuk menawan Barat ialah  menyambut para  pelancong dengan risalah-risalah Islam, buku-buku, video dan lain-lain media yang dapat memperkenalkan Islam kepada mereka. Untuk itu disiapkan penyambut-penyambut tetamu yang terlatih di pusat~pusat pelancongan di negara kita. Bawa mereka melihat kehidupan Islam dalam kelompok masyarakat Islam yang menjalankan cara hidup Islam. Layan mereka dengan baik yakni dengan akhlak Islam supaya nampaklah oleh mereka Islam yang sebenarnya. Moga-moga itu menjadi kenangan manis mereka di negara kita dan untuk menjadi modal mereka mula jatuh hati dengan Islam.

Sepatutnya institusi-institusi agama kepunyaan kerajaan terutamanya JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama mesti mendahului peranan ini sebab mereka mempunyai kedudukan dan kemampuan yang mencukupi.

ITULAH dia strategi kita untuk menawan Barat. Sekiranya strategi ini dirancang dari sekarang dengan bersungguh-sungguh, penuh teliti, sistematik, dengan pengorbanan yang total dan teknik yang moden, maka hasilnya akan dapat dilihat. Perlu diingat bahawa kiranya strategi peperangan fikiran dan peperangan sikap ini terkesan oleh Barat sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab Islam bukan menyusahkan mereka. Strategi ini hanya meminta mereka membaca atau menonton tentang Islam tanpa paksa.

Tentunya orang Barat boleh terima hakikat ini.

Firman ALLAH:

Serulah ke jalan T uhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.

(An Nahl: 125)

Bangunlah wahai pejuang Islam, untuk menjayakan strategi ini, demi mengembalikan dunia ini ke tangan Islam. Barat sudah tidak boleh dibiarkan lagi memerintah dunia!  Sebab mereka sudah kehilangan panduan yang menjamin keselamatan dunia.

   THE MIND, THE SPIRIT & THE REFORMERS  

header-fixed1 

  Click the image to go to Ikhwan-Insight.com

—————————————————————–

87% Hits  adalah dari Amerika Syarikat

 stat-iinsight1


Roti Ikhwan in the news

Among the guests present, including reporters – pix HeliconiaWP

Businessman told to look ahead, The Star 8 April 2008

Story and Photo by EDWARD RAJENDRA

YOUNGSTERS venturing into business must focus on creativity and innovation instead of just the operational element, said Modern Agriculture Methods, Natural Resources and Entrepreneurship Development Selangor chairman Yaakob Sapari.

He also added that one must be open to all ideas and possibilities when it came to marketing their business.

“Now, we just can’t have a shoe retail outlet and wait for customers to walk in.

 

Pix : The Star

“We have to unleash our products into their living room or even working place by joining the online community,” he said after launching Roti Ikhwan, a bread factory in Shah Alam.

Global Ikhwan Sdn Bhd that sells breads at RM2.50 per loaf operates Roti Ikhwan.

He added that entrepreneurs nowdays even resorted to Facebook to network.

Your store can be in Shah Alam but orders could come in as far as Brazil if we use the internet,” he said.

Yaakob said the state government was interested in educating and empowering youngsters to engage customers in social networking online.

“We can exchange ideas over the net. It’s a global market so we must move forward and learn to tap new markets abroad without having the need to travel much,” he said.

“We must share business ideas as it will help us identify opportunities. Through sharing, these entrepreneurs can discover new concepts that they were not aware of before, thus galvanising the business into a profitable realm,” he said.

Yaakob added that vetting ideas with respected and individuals was priceless and would offer much help instead of just going down a rather expensive journey, in both time and financial aspects.

“Sharing business ideas is exciting for me. Some may value it and add something to make it better,” he added.

Roti Ikhwan Central Region manager Zulkifli Awang Kechik, 48, said the bread, which had a milk flavour, was being promoted in Selangor, Malacca and Negri Sembilan.

——————————————————————————

Pix : Umniyah

Lihat foto2 Pelancaran Roti Ikhwan di Seremban ( juga di Kuching, Sarawak) di Album Umniyah

Utusan Malaysia Edisi SELATAN

SEREMBAN 6 Apri l – Jenama roti Ikhwan keluaran syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. membuktikan usahawan bumiputera dan Islam mampu menghasilkan produk makanan halal berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat berkata, beliau berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. untuk meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dan Islam dalam industri pembuatan makanan.

”Kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan bumiputera dan Islam bergiat dalam bidang pembuatan makanan selaras dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal dunia.

”Saya berharap jenama roti Ikhwan ini akan diperluaskan pasarannya di dalam dan luar negara,” kata beliau ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Roti Ikhwan di Pasar Raya Al-Ikhwan, Seremban 2 di sini hari ini.

Hadir sama wakil Pengarah Urusan Global Ikhwan Sdn. Bhd., Zulkifli Awang Kechik.

Tambah Yunus, langkah syarikat tersebut melatih golongan muda lepasan universiti dan sekolah dalam selok-belok pemasaran roti Ikhwan turut membantu mempersiapkan mereka dengan ilmu keusahawanan.

”Selain itu, langkah ini turut membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan lepasan universiti di negara ini,” katanya.

Yunus juga berharap lebih ramai lagi usahawan bumiputera dan Islam yang mengikuti jejak-langkah Global Ikhwan Sdn. Bhd. bagi mempelbagaikan jenama produk halal di negara ini.

Sementara itu, Zulkifli menjelaskan Global Ikhwan Sdn. Bhd. menganggap penghasilan roti Ikhwan sebagai satu cara untuk syarikatnya menunaikan fardu kifayah berhubung pembuatan makanan.

”Seperti yang kita lihat hari ini, penyertaan usahawan bumiputera dan Islam dalam industri pembuatan makanan masih boleh ditingkatkan.

”Selain roti, Global Ikhwan Sdn. Bhd. telah mengeluarkan produk-produk makanan lain seperti kicap, sos cili dan cuka. Kami juga sedang merancang untuk mengembangkan rangkaian produk dalam usaha untuk muncul sebagai salah satu pengeluar makanan halal terbesar di negara ini,” kata beliau.

Menurut Zulkifli, pada masa ini hanya terdapat sebuah kilang milik syarikatnya di Kodiang, Kedah yang menghasilkan roti jenama ini.

”Kami sedang mengkaji untuk membina sebuah kilang di setiap negeri bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap roti Ikhwan di seluruh negara,” jelasnya


Iklan Multimedia Produk Roti Ikhwan

                        rotiflyers.jpg

                        Roti Ikhwan : Pure food forms pure hearts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,084 other followers