Kemunculan Penyelamat Islam, Barat diambang KETAKUTAN!

 bush_umbrella5.jpg

Bush Tidak Suka Membaca

Selepas sah Presiden George Walker Bush mendapat mandat kali kedua, Dr. Chandra Muzaffar meramalkan pentadbirannya akan terus angkuh dengan kekuasaannya.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia( Just) itu, berpendapat Washington akan terus membelakangkan United Nations, sama seperti apa yang telah dilakukannya semasa melanggar Iraq.

Ia akan menggunakan kekuasaan ketenteraannya untuk mewujudkan apa yang disifatkan sebagai Empayar Global Pertama [ The First Global Empire]

Empat tahun akan datang ini akan lebih buruk daripada empat tahun sebelumnya!” kata Dr Chandra.

Beliau melihat pengaruh Zionis kanan yang banyak menentukan dasar luar Amerika itu, sudahpun mendapat dukungan daripada satu lagi kumpulan yang berpengaruh besar iaitu Kristian konservatif, yang mempengaruhi kemenangan Bush kali ini.

mahathir2.jpg

Dr Mahathir ‘gila’ Membaca

 *[Seperti yang disebut Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa ucapannya di persidangan OIC [Organisations of Islamic Conference] pada tahun 2003 di Putrajaya Malaysia…

The Jews rule the world by proxy!”

Ucapan ini yang dibuat tidak berapa lama sebelum persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, telah mendapat kecaman hebat oleh media Barat, terutamanya CNN, beliau dituduh anti-semitik.

Saya telah terbaca sebuah laman forum Islam berbahasa Inggeris yang menyokong keberanian & kelantangan suara Dr Mahathir, telah mengutarakan mungkinkah Islam itu akan gemilang dan dihidupkan di timur di sebelah Nusantara ini dalam waktu terdekat ini, seperti yang diisyaratkan hadis, tetapi peribadi Muhammad ben Abdullah, AlMahdi Al-Muntazar itu masih juga belum muncul, yang ada hanya- ben Muhammad iaitu, Dr Mahathir ?!…di manakah peribadi PENYELAMAT yang sangat ditakuti puak Zionis dan Kristian Konservatif itu?.

Kebanyakan ulama di timur tengah dan Nusantara berplatformkan sufi (Sunnah) yakin dia sudah lahir….hanya tunggu dizahirkan sahaja..

muzaffarp1.jpg 

Di sini saya petik secara ringkas interview wartawan Mingguan Malaysia -MM, Noor Azam Shairi dengan Dr Chandra Muzaffar yang disiarkan pada 7 November 2004]*

MM: Apakah faktor –faktor yang membawa kemenangan Bush?

 Dr.Chandra: Ada dua faktor yang sama-sama dikaitkan dgn ketakutan. Pertama, takut berulangnya 9/11. Mereka merasakan perlunya kepada seorang pemimpin yang sudah teruji yang boleh melindungi keselamatan mereka.Ketakutan ini mengatasi kegelisahan mereka tentang penglibatan Amerika di Iraq.

Kedua, mereka bimbangkan isu-isu moral dan kekeluargaan. Mahkamah pertama yang membenarkankan perkahwinan sejenis ialah di Massachusettes, tempat asal John Kerry..Isu inilah yang telah dieksploitasi oleh Bush di dalam kempennya.

MM: Siapakah golongan agama yang berperanan di sebalik kemenangan Bush?

Dr.Chandra: Golongan Kristian kanan atau konservatif sebenarnya semakin berpengaruh di US, sejak era pemerintahan Ronald Reagan lagi. Dalam dekad 80-an dan 90-an, mereka dapat meresapkan individu yang cenderung kepada pemikiran mereka di Kongres.

  Selain soal2 domestik, mereka juga punya agenda di peringkat antarabangsa. Tafsiran keagamaan mereka itu membawa kepada ajaran bahawa keutuhan dan keselamatan Israel adalah faktor yang sangat penting. Sekiranya Israel selamat, mengikut kitab-kitab mereka, agama Kristian akan berkembang.

   Penguasaan Israel terhadap Asia Barat adalah prasyarat untuk kemunculan kembali Jesus ke dunia dan selepas itu fahaman Kristian akan berkembang. Fahaman ini membantu Zionis kerana memang inilah yang mereka mahu – kuat , selamat dan dominan di tengah-tengah dunia Arab.

     Dalam tempoh 20 – 30 tahun ini hubungan golongan Zionis kanan ini dengan Kristian konservatif menjadi kukuh.

MM: Apakah bahayanya golongan Kristian Kanan ini?

Dr. Chandra: Mereka begitu anti-Islam. Dalam tempoh 3 tahun lalu kalau kita meneliti ucapan paderi-paderi seperti Pat Robertson, Franklin Graham dan Jerry Falwell, mereka selalu menyerang Islam, al Quran dan Rasulullah SAW. Mereka juga aktif dalam penyebaran Kristian konservatif. Selepas Iraq dikuasai US, mereka telah mendirikan enam gereja di Baghdad…tetapi setakat ini usaha  mereka mengkristiankan penduduk Baghdad gagal.

Mereka juga menyebarkan fahaman Kristian sempit ke negara-negara Islam, bukan sebagai mubaligh, tetapi bertopengkan profession-profession lain.

  Selain dua golongan ini, jangan lupa pengaruh satu peratus kumpulan kaya-raya dalam masyarakat atasan Amerika Syarikat.

MM: Apakah yang dilakukan kumpulan ini dalam menentukan dasar luar Bush? Apa matlamat mereka?

Dr. Chandra: Kumpulan yang disifatkan sebagai neo-konservatif yang 100% Zionis, bergantung kepada kuasa ketenteraan US untuk menguasai dunia; belum pernah ada kuasa sebegitu hebat seperti ini yang muncul sepanjang sejarah manusia..Mereka mahu mendirikan empayar global pertama.

Lihat Project for the American New Century www.newamericancentury.com.

Bagi mereka langkah pertama ialah menyusun peta politik Asia Barat…ini ada hubungkaitnya dengan petrol dan Israel. Iraq mangsa pertama dan utama kerana Iraq sebelum ini sangat memusuhi Israel. Selain sumber petrolnya yang kaya, Iraq juga banyak sumber air berbanding Israel yang tiada sumber air. Selepas ini mereka mungkin akan menyerang Syria.

MM: Kenapa Syria? Apakah kepastian serangan ke atas Iran?

Dr. Chandra: Syria tidak begitu kuat. Alasan yang akan diberikan ialah negara Syria melindungi terrorist. Israel memang mahu Syria dihancurkan. Selepas itu mungkin Sudan…Iran sudahpun masuk dalam radar skrin Washington….

**Dalam interview ini, soal2 Korea Utara, United Nations, dan isu-isu domestik US dibincangkan tetapi saya hanya memetik yang berkaitan dengan dunia Islam**

Setiap empayar dalam sejarah pasti akan runtuh..lebih-lebih lagi jika ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keadilan dan kemanusiaan..

Ia akan hancur, sudah sunnatullah.

——————————————————————-

PENGAKUAN ORANG-ORANG BARAT TERHADAP IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR

Agenda Yahudi kesembilan ix (untuk memusnahkan umat Islam)
Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Sehubungan dengan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam London Times pada tahun 1968

“ Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan  dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan agama itu akan (bangkit semula) dan merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Beliau bermaksud pemimpin yang bertaraf khalifah, bukan bertaraf Perdana Menteri atau Presiden yang hanya layak memimpin dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak memimpin dunia tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh negara Islam

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,

“ Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah , kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad baru”

Muhammad baru yang dimaksudkan tidak lain ialah Imam Mahdi Al Muntazar, dan bayangan jemaahnya kerana Imam Mahdi itu dilahirkan dengan nama Muhammad bin Abdullah sama dengan nama Rasulullah SAW.

 Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini..dan ketakutan mereka ini tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah umat Kristian dan Yahudi jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga..menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, (mereka mengkaji hadis-hadis dan mempercayainya sehingga sekecil2nya serta muslihat /clue hadis2 tersebut dan bertindak untuk menghalang kebangkitan Imam Mahdi ini)..mereka tahu tempat keluarnya, ‘bila’ tanda -tanda keluarnya.

Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis itu..

Yang tidak percaya sibuk memperkecilkan golongan yang percaya, manakala yang percaya sibuk mempertahankan diri dari dicemuh yang tidak percaya.

Titik pertemuan tidak juga diperolehi. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Dalam satu novel karangan A.J Quinell, bertajuk The Mahdi..

 Di dalam novel ini disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa2 besar Barat.Mereka akan bergabung tenaga fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk didikuti oleh seluruh umat Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di tanah suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa besar Barat.

Idea novel ini juga berpandukan hadis2 Nabi Muhammad SAW.

Umat Yahudi mazhab Ortodoks percaya akan lahir Penyelamat akan lahir di kalangan mereka, dengan segala keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke tanah tumpah asal mereka iaitu Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mahdi mereka dipanggil Messiah/Mosaikh.

turbanator.jpg

1.From the three water signs (seas) will be born a man
Who will celebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign, and power will grow
On land and sea, bringing trouble to the East

2.One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past
Then will come to the Romans through Babel (Iraq)

3.This King will enter Europe wearing a blue turban,
He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again
He will be the terror of mankind
Never more horror

MICHEL DE NOSTRADAMUS

Font : Wingdings

JEW vs     ISLAM

 Link Blog : Doa Menghancurkan Musuh Islam, ‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

senyum_kambing.jpg


TAKE A BREAK! With NoStRaDamUS

Nostradamus, the Universe and everything

Ok juga video tu…..except the numerology part….BTW, Adakah pengarah film pendek ini memang tidak faham atau buat2 tidak faham siapakah gerangan antichrist ke 3 yg disebut oleh NoStRaDamUS sebagai Mabus?
?!? Bukankah Si Mabus itu sudah amat terkenalnya?!?

Ini juga sebagai pengetahuan [about NoseTradamUS again];

http://www.youtube.com/watch?v=24zrmJ2Qzbo

Jika kita baca hadis2 akhir zaman yg dilafaz oleh lidah Rasulullah SAW sadiqul masduq, bukan sahaja kejadian2 akhir zaman ini dikhabarkan secara yg zahir2,  masalah kerohanian dan kemanusiaan juga diterangkan dengan terperinci. Begitulah keajaiban mukjizat Nabi kita yg dapat memberitahu kita akan masalah2 dalaman kemanusiaan yg tidak dapat dinilai secara luaran, walau ia dituturkan lebih 1400 tahun yang lalu.

===================================================

Dalam pada itu, Saluran Discovery Channel ada menyiarkan siri rencana The War on Terror, juga dokumentari Nostradamus : The Truth di mana dalam satu siri itu, ramalan Nostradamus ada dikaitkan secara langsung dengan peristiwa 911.
Saya sempat melihat sebahagian sahaja rencana itu, dan antara kata2 tertentu Nostradamus yg ditafsirkan oleh Discovery Channel adalah yg berikut.

Erupting, the fire at the earth’s centre will shake the….”

Disebabkan di internet ini, bait2 ramalan Nostradamus banyak yg diubah2 dan diadaptasi utk kepentingan peribadi atau untuk tujuan  sensasi, maka versi2 yg saya petik ini mungkin yg belum diubahsuai.

[Earth-shaking fires from the world's centre roar,
About Villeneuve* the earth shall be a-quiver.
Two leaders long shall wage a fruitless war, Till Arethusa reddens a new riverar]

*Line 3 is in fact based on a French expression
(‘faire la guerre aux rochers’ — ‘to make war on the rocks’)
which in fact means ‘to struggle fruitlessly’. ‘Deux grands’ means ‘two nobles’. ]

——————————————————————–
Dalam dokumentari2 Discovery Channel itu,
EARTH SHAKING FIRE FROM THE WORLD”S CENTRE ROAR :
dimaksudkan sebagai api bakaran petroleum yg asalnya dari pusat bumi, yg datangnya dari kedua2 pesawat yg melanggar menara berkembar itu,

Walhal, menurut kajian2 yg dijalankan oleh organisasi Reopen 911,
‘Fire from the world’s centre’ itu bolehlah kita maksudkan sebagai api dari ledakan bom yg dipasang di paras basement kedua-dua menara berkembar tersebut.

Ini pula adalah link buku Nostaradmus, di mana bait2 prophecies-nya bolehlah dipercayai keasliannya.
jika ada yg berminat $$..
Nostradamus Book

Apakah yg dikatakan oleh Nostradamus?!? Ilham?! Kasyaf?! Bukan! Itu istilah dalam agama Islam…Bukanlah ilmu kasyaf itu milik dan kurniaan Allah?
‘Kasyaf’ atau seumpamanya jika berlaku pada orang awam yg fasiq atau bukan Islam boleh diistilahkan sebagai istidraj dari Tuhan. Jika berlaku pada seseorang yg
bukan Islam yg terkenal itu seperti Nostradamus pastilah ada hikmahnya dari Allah untuk manusia sejagat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui….

——————————————–

Link2 di bawah ini pula sebagai pengetahuan sahaja…

Truth and Lies In The War On Terror

http://www.youtube.com/watch?v=8kN3tD6jkTQ

Filem Fahrenheit 911 online/ Discovery Channel : The War on Terror

http://www.jonhs.net/freemovies/documentaries.htm

Link blog ini:
‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

Kasyaf:Ilmu Islam yg dilupakan


Memusuhi wali Allah, dimusuhi Tuhan..

jais-raid-star.jpg

Saya cuba melayari web ini spt yg disarankan dalam the star.
http://thestar.com.my/mmedia/video/

DARI HAL WALI DAN KEWALIAN

Para wali adalah kekasih2 Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah [muqarrabin]. Allah jelaskan dalam satu hadis qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah dan berkata2 dengan perkataan Allah. Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah manakala menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata2 dan sebagainya adalah petanda mati dalam suul khatimah. Wal’iyazubillah.

Sebab itu Allah juga berfirman dalam Hadis qudsi lain :

“Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya.”
[Riwayat Al Bukhari]

Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa :
“Wali Allah atau kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga ertinya pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang2 suci-Nya.

Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam2 jenis atau peringkat wali yang dilantik oleh Allah dengan syarat2 perlantikan yang hanya Allah jua yang mengetahuinya, iaitu :

1. Ghaus [Kutubul Aqthab]
Ghaus adalah gelaran kepada ketua wali di sesuatu zaman. Ketua wali disebut juga Sultanul Aulia. Ghaus cuma seorang untuk satu zaman.

2. Wali Kutub
Istilah jamak [ramai] bagi kutub ialah aktab. Bilangan wali Kutub di setiap zaman ialah empat orang.

3. Wali Najib
Najib bagi gelaran seseorang. Kalau ramai disebut Nujabak. Bilangan mereka di setiap zaman 300 orang.

4. Wali Watad
Jamaknya Autad. Bilangan wali Autad untuk satu2 zaman ialah empat orang.

5. Wali Badal
Jamak bagi Badal ialah Abdal. Bilangan mereka 40 hingga 60 orang untuk sezaman. Ada qaul mengatakan 30 orang, 14 orang dan ada mengatakan hanya tujuh orang sahaja.

6. Wali Naqib
Panggilan ramai bagi Naqib ialah Nuqabak. Bilangan untuk sezaman ialah 40 orang.

The following narration was reported via Saiyidina Ali, may Allah honor his face. Ar Rufaqa and Al Abdal “When he from the Family of Muhammad comes Allah will gather dwellers from the East and West for him, just as autumn clouds gather. As for Ar-Rufaqa, he will come from the dwellers of Kufa [east]and Al Abdal will come from the dwellers of
Syria.”
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc

Di bawah disenaraikan antara wali2 besar yang sebahagiannya bukan sahaja memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:

i. Sahabat2 Rasulullah SAW terutama Khulafa’ur Rasyidin.
ii. Imam mazhab [dalam ilmu feqah dan tauhid] terutamanya imam mazhab yang empat.
iii. Para mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz [mujaddid kurun pertama] dan Imamul Mahdi [mujaddid kurun ke-15].
iv. Para perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Termizi dan Imam Muslim.
v. Pengasas2 tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Qadariah, Aurad Muhammadiah dan lain2.
vi. Ulama2 besar sufi seperti Imam Hassan Al Basri, Syeikh Junaid Al Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Imam Al Ghazali, Syeikh Abu Hassan Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Syeikh Ramli dan ramai lagi.
vii. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Juga isteri2 Rasulullah SAW dan puterinya Siti Fatimah Az Zahrah.

Terdapat wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka, malah disangka gila. Misalnya, Uwais Al Qarni yang hidup sezaman dengan Raulullah SAW tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda. Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah SAW sendiri kepada Sayidina Umar Al Khattab dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah Al Yamani, walaupun tidak terkenal dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui rahsia2 kerohanian. Malah Sayidina Umar merjuk kepadanya. Demikian lagi peranan Nabi Khidir a.s. di zaman Nabi Musa a.s. dan dalam buku ini, Habib Nuh dan Tuan Tulis tergolong dalam golongan wali kategori ini.

Wali2 yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa2 keistimewaan. Tetapi mereka sebenarnya adalah manusia yang amat penting pada dunia. Sebab2nya adalah seperti berikut :

1. Doa mereka sangat makbul. Yakni permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan mereka Allah beri perhatian.

2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal namun sikap, hidup serta percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang 2sekeliling. Ertinya ada mereka di satu2 tempat sudah cukup untuk mengubah akhlak manusia.

3. Dengan adanya orang2 seperti mereka di muka bumi ini maka Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuk yang derhaka. Juga Allah pindahkan dan alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang2nya azab itu dibuat bertahap2, berperingkat2 hingga berpeluang bagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.

4. Ada hadis yang mengatakan, kerana mereka inilah [orang2 soleh dan wali2-Nya] dunia belum dikiamatkan.

Sebagai golongan yang istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi kepada manusia biasa [orang awam]. Justeru itu tidak hairanlah di kalangan orang ramai mengaitkan cerita2 tentang karamah apabila memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.

Dalam pada itu orang ramai umumnya hanya mengenali karamah2 berbentuk zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian2 yang luar biasa yang mencarik adat yang berlaku pada wali2 dan dapat dilihat dengan mata zahir. Contohnya seperti karamah berjalan di atas air, boleh berada di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan sekelip mata dan sebagainya.

Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah Allah pada para Aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah bentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata zahir tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang yang mempunyai ketajaman mata hati. Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata2nya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap2nya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah2 zahiri atau hissi.

Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai ke arah kesedaran beragama dan amalan Islam, lebih2 lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan dan pengaruh wang ringgit. Walaupun terdapat setengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang mendengarnya, tapi sayangnya para pendengar tidak boleh membuat perubahan melainkan dalam soal2 ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampur aduk dengan aneka maksiat.

Mereka ini kebanyakkannya berpengang kepada konsep lima puluh- lima puluh. Akhirat hendak juga dunia pun hendak juga. Maksiat tak apa asalkan diimbangi dengan amal kebaikan, air dan minyak tak akan bercampur kata mereka. Lalu disamping diadakan progran agama, diperbanyakkan program maksiat. Atau dengan kata lain, perkara-perkara yang haq dicampur dengan yang batil hingga melahirkan umat Islam yang bertasabuh. Hingga musuh ambil peluang untuk melekangkan roh Islamiah dari hati umat Islam. Kita khuatir, aktiviti2 agama akhirnya akan jadi satu macam hobi bagi menghabiskan masa yang terluang sahaja sedangkan dalam masa yang sama maksiat semakin menjadi2 dan bermaharajalela. Kebimbangan ini perlu diatasi segera sebelum ianya menjadi jauh lebih kronik.

Di sinilah peranan wali Allah yang memiliki karamah maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlak dan tutur katanya dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup Islam di tengah2 suasana kehidupan yang penuh mungkar. Tidak mustahil berlakunya dengan sekali dia berceramah, berpuluh orang boleh buat perubahan.

Contoh karamah maknawiyah lagi ialah dapat merasa kelazatan beribadah tanpa diusahakan sungguh2, dapat tinggalkan maksiat tanpa susah2 mujahadah, dapat istiqamah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu sembahyang fardhu dan sebagainya. Atau karamah dapat pertahankan wudhuk untuk tempoh yang lama seperti Syeikh Abdul Qadir Jailani, Uwais Al Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umum para wali Allah yang sembahyang Subuh dengan wudhuk sembahyang Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan berwudhuk setiap waktu dan ketika.

Nyatalah dari kedua2 bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama ialah karamah maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuan punya diri dari api Neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat kedua2 sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut tidak dapat menjaga nikmat Allah itu.

Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamah. Sesetengah wali tidak ada apa2 karamah, tetapi dia tetap mulia pada pandangan Allah. Cuma banyak wali yang dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak kuatkan agama-Nya [sebagai hujah mempertahankan kebenaran] dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.

Bagi wali yang menjadi pemimpin sama ada pemimpin negara, masyarakat atau jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku kepada beberapa orang tokoh wali yang akan kita paparkan kisah hidup dan liku2 perjuangan mereka di dalam buku ini iaitu Tukku Paloh, Tuk Kenali, Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi, Syeikh Said Al Linggi dan Tuan Hussein. Mereka terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian.

Manakala Habib Nuh dan Tuan Tulis pula tidak berapa ketara peranannya di tengah masyarakat. Mereka tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang ulama :

“Pemimpin tidak rasmi ialah orang yang diikuti akhlak dan sifatnya tanpa dia sedar.”

Kita dapati setiap orang wali itu berperanan mengikut syakilah [bakat] masing2. Secara umum mereka adalah penguat2 agama dan pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.

Dalam sejarah ada wali yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa’ur Rasyidin [Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali], Sayidina Umar Ibnu Aziz, Muhammad Al Fateh, Sultan Murad [bapa kepada Muhammad Al Fateh], Sultan Salahuddin Al Ayubi dan lain2.

Ada juga wali yang menjadi pemimpin peringkat negeri seperti beberapa orang dari kalangan para Sahabat [Sayidina Bilal, Abu Ubaidah, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Amir Al Jumahy dan lain2], di kalangan Wali Songo di tanah Jawa dan banyak lagi.

Ada pula wali yang seperti tidak bermasyarakat tetapi kehadiran mereka menyebabkan masyarakat dapat tumpang barakah seperti Uwais Al Qarni. Orang sepertinya terkenal di langit tapi tidak terkenal di bumi hingga riwayat hidupnya pun tidak diketahui orang.

Cerita2 tentang karamah adalah perkara biasa di kalangan masyarakat Islam di negara ini satu ketika dulu. Orang tidak anggap pelik kerana ramai yang telah menyaksikannya atau sekurang2nya mendengar cerita dari orang yang melihat berlakunya karamah pada wali, terutama di kalangan anak murid wali itu sendiri. Cuma sekarang ini perkara itu sudah jarang diceritakan oleh umat Islam di zaman ini. Namun ini tidak bermakna wali tidak wujud lagi.

Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap meninggal seorang wali, Allah akan naikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat2 tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak menonjolnya mereka di tengah masyarakat.

Sumber : Tujuh Wali Melayu : Abd Ghani Said


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,102 other followers