Kemurniaan Cinta Nan Syahdu Sultan – Sultan Uthmaniyah

73018021_jmklvzss

Bersedialah untuk menangis, kerana dalam menyediakan teks ini, penulisnya (yang memberi kuliah) sudah puas menangis kerana kerinduan kepada Sayidina wa Maulana Rasulullah SAW…

Kemurniaan Cinta Nan Syahdu Sultan- Sultan Uthmaniyah

Hati yang terbakar dalam cinta Saiyidina Rasulullah SAW

Topkapi-Palace-1

Istana Topkapi

Sultan Abdul Hamid II

Ketika kerja-kerja pemasangan landasan keretapi Turki – Hijaz sudah sampai ke kota Madinah pada tarikh 31 Ogos 1908, Sultan Abdul Hamid II menitahkan permaidani dihampar sepanjang 30 km terakhir sisi rel keretapi.

Ketika gerabak keretapi sampai ke Madinah Al Munawwarah, kelajuannya dikurangkan dan dengan perlahan-lahan ia mendekati kaki lima stesyen, supaya tidak menganggu Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW. Para penumpang keretapi turun dan berjalan perlahan-lahan dengan penuh adab dan sopan.

Hamparan permaidani sepanjang 30km itu pula dibasuh dengan air mawar pada jam-jam tertentu sebagai tanda penghormatan dan pengkudusan kepada Tanah Suci yang diberkati.

Sultan Abdul Aziz

Sultan Abdul Aziz (yang juga apabila disebut namanya para Raja Eropah menggeletar ketakutan) adalah seorang pencinta yang asyik kepada Saiyidina Rasulullah SAW. Pada suatu hari sepucuk surat dari Madinah Al Munawwarah sampai ke istana dan pada waktu itu Sultan sedang gering tenat hingga terbaring di peraduan baginda. Pada mulanya jemaah menteri ragu-ragu perlukah di saat itu mereka mempersembahkan surat tersebut kepada Sultan memandangkan sakit tenatnya, tapi dalam masa yang sama mereka juga tahu betapa sensitif dan cintanya Sultan terhadap apa sahaja tentang Madinah Al Munawwarah, dengan itu mereka terpaksa menyembahkan surat tersebut.

Ketika menteri menghampiri baginda dan memberitahu ada surat dari kota Madinah, baginda terus bergenang air mata lalu menitahkan agar menteri tidak membacanya melainkan apabila baginda sudah menyuruh. Baginda lalu bertitah kepada yang ada di kelilingnya, ‘ Angkat beta bangun… Beta tak sanggup mendengar surat dari tanah suci dalam keadaan berbaring.’

Demikianlah dalam keadaan gering yang tenat baginda berdiri tegak mendengar surat itu dibaca.

Baginda Sultan akan berwudhu’ terlebih dahulu setiap kali mahu meneliti apa-apa dokumen atau fail yang tiba dari Madinah Al Munawwarah. Baginda berpendirian bahawa dokumen-dokumen itu ada padanya debu dari tanah negeri Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW, kerana ia dari junjungan Nabi yang Mulia.

Sultan Ahmad I

…..dengan sembunyi-sembunyi di tengah malam, Sultan Ahmad I pun pergi ke Amanah Quds di Istana Topkapi… Baginda mengambil sepatu Sayidina Rasulullah SAW dan memeluknya ke dada.. Kemudian dengan hati yang rindu dendam berkata…

Alangkah baiknya jikalau dapat kujunjung sepatumu
Sentiasa di atas kepalaku bagai mahkota
Duhai junjungan pemilik sepatu yang mulia
Duhai mawar di taman anbiya
Alangkah baiknya kalau selalu kudapat kuusap wajahku
Pada kesan tapak kakimu wahai mawar segala mawar

Sultan Ahmad I sentiasa menyelitkan gambar kesan tapak kaki nabi yang mulia di dalam serban baginda

Dengan kalbu yang menyala keasyikan cinta kepada Saiyidina Wa Maulana Rasulullah SAW, Sultan berkata…

Hati tak sanggup berpisah denganmu
Lidah tak mahu mengucap selainmu
Cintakan bertunas menjadi asyik
Lalu membuat si fakir menangis
… Hingga air mataku habis..
Tidak tinggal walau setitik…
Bagai Sayidina Yaakub as
yang mengenang Sayidina Yusuf as

Sultan Sulaiman Al-Qanuni

Beberapa Sultan Uthmaniyah telah bermimpi bertemu Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW … Mereka juga telah menerima arahan dan isyarat dari penghulu dunia akhirat serta berjaya membuka beberapa buah negeri..

Adapun Sultan Sulaiman Al Qanuni telah bermimpi Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW bersabda kepadanya “Jika engkau tidak membuka negeri Belgrade, Rodes dan Baghdad, maka imarahkanlah Madinahku”

dengan itu sultan pun segera menitahkan pembangunan dua tanah suci dan melancarkan projek-projek perumahan di sana.. Bahkan sultan telah meninggalkan wasiat menyuruh agar dana dari harta peninggalannya digunakan untuk keperluan air bagi jemaah haji di Mekah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah..

Pemimpin agung yang seluruh dunia berdiri dengan segan dan hormat kepadanya, yang membuatkan para pemimpin di Eropah menggeletar mendengar namanya ini, menghadapkan wajahnya di Istanbul ke kota Madinah al Munawarrah..

…dengan suara cinta dia merayu kpd Sayidina Rasulullah SAW

Duhai kekasih Allah
Cahaya penerang buana
Di pintumu yang tinggi
Para asyik berdiri
Lara lidahku kan sembuh dengan menyebut namamu
Hatiku yang duka akan gembira dengan mengingatmu
Jiwaku yang luka Engkaulah pembalutnya…

Hari-hari berlalu tidak dapat menghabisi keasyikan Sultan kepada Saiyyidil Awwalin
Bahkan ia tambah berganda-ganda hingga bertukar menjadi samudera cinta
Yang tak terduga dalamnya
Yang tak pernah henti ombaknya…

Sultan Muhammad Al Fateh

Eyüp Mosque

Masjid Sultan Ayyub

Sultan Muhammad Al Fateh sang pembuka yang agung…. Seorang anak muda yang memimpin bala tenteranya mengharung kecamuk perang Konstantinopel dan menyebar agama Islam.. Dialah yang diberita gembirakan oleh Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW

Apabila masuk ke kota Istanbul baginda berziarah kepada Sheikh Murabbinya, Sidna Sheikh Muhammad Hamzah Syamsuddin ( dari keturunan Sayidina Abu Bakar As Siddiqin ra) … yang turut sama dalam perang pembukaan agung ini…. Sesudah menang perang… Dan syeikh lah yang telah mengkhabarkan kepada baginda sebelumnya tentang kemenangan ini….. Sultan pun dengan penuh adab bertitah kepada syeikhnya..

‘ Tidaklah gembira beta ini kerana Konstantinople sudah dibuka, tetapi sesungguhnya gembira beta kerana zahirnya orang seperti Sidna Sheikh di zaman beta’…

…Kerana Syeikh ini yang zahir berkat dan keramatnya telah menetapkan tarikh hari pembukaan kota Konstatinople di tangan baginda….

Kemudian Sultan berkata kepada Sheikhnya “Beta ada permintaan, sudilah kiranya Sidna Sheikh menunjukkan makam sahabat mulia Saiyidina Abu Ayub Al Ansari ra yang telah mengundang Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW menjadi tetamu di rumahnya ketika baginda tiba di kota Yathrib, Madinah Al Munawwarah..sebelum masjid dan kamar-kamar baginda dibina…

Sayidina Abu Ayub Al Ansari ra (dalam usianya yang terlalu lanjut) telah keluar bersama tentera Muslimin di zaman kerajaan Bani umayyah untuk membuka kota Konstantinople dan syahid di benteng kotanya.

Sidna Sheikh Shamsudin pun keluar bersama Sultan dari khemahnya hingga ke tebing Selat Golden Horn…. Di situ Sheikh mengisyaratkan ke satu tempat yang dekat dengan kandang kuda, (di mana terdapat satu cahaya lurus yang memancar hingga ke arah langit) seraya berkata..

“Disitulah Tuanku Sultan,”

Maka di tempat itulah Sultan menitahkan dibuka masjid dan makam, serta menamakan masjid itu sebagai Sultan Ayyub.

Titah baginda….. inilah dia Sultan hakiki Konstantinople.

Begitulah bagaimana sultan-sultan Uthmaniah mencintai dan memuliakan junjungan sahabat-sahabat Sayidina Wa Maulana Rasulullah SAW..

abu-ayyub1

Makam Sayidina Aby Ayyub Al Ansari ra

Sultan Beyazid II
Sultan Muhammad Al Fateh turut mewariskan cinta ini kepada puteranya Sultan Beyazid II..

Baginda Sultan Beyazid II pergi menziarahi Baba Yusof, teman yang dikasihinya di jalan Allah yang mahu pergi menunaikan haji. Sultan menyerahkan kepadanya sejumlah wang emas lalu bertitah..

‘Inilah rezeki Allah kepada beta dari titik peluh beta sendiri.. beta telah menyimpannya untuk dijadikan dana penyelanggaraan lampu-lampu di Raudhah yang suci. Nanti bila tuan sudah berdiri di hadrat Sayidina wa Maulana Rasulullah SAW beta minta tuan katakan,

” Ya Habiballah, Ya Nabiyallah, ya Rasulullah, khadammu si faqir Beyazid berkirim salam padamu dan dia berkata bahawa dia ada menghantar kepingan-kepingan emas ini buat membeli minyak lampu di Raudhah, maka sudilah kiranya engkau menerima darinya ya Sayidina… ya Maulana.. ya Wasilatana.. Ya Syafi’ana ya Rasulullah….

Sultan Murad II

Baginda Sultan sedang sakarat… pegawai-pegawai istana mengelilingi peraduannya…
semua orang mengawas-awasi gerakan bibir baginda… Baginda Sultan Murad II membuka kelopak matanya lalu mengisyaratkan kepada menterinya…. dengan suara perlahan baginda bertitah : ‘ Ishak… bacakanlah wasiat beta”, maka Ishak Basha pun mula membaca wasiat tersebut dengan suara kuat.

” Bismillahirrahmanirrahiim…. Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalaminn.. selawat dan salam ke atas Sayidina Wa Maulana Muhammad SAW beserta ahli keluarga dan para sahabat baginda semua. Beta tawakkal kepada Allah, Tuhan Arasy yang agung… tiap yang hidup pasti merasai mati.. lalu janganlah tertipu dengan Allah dengan suatu tipuan… amma ba’du…

Inilah beta berwasiat kepada kalian, hendaklah kamu bahagi-bahagikan harta milik beta di wilayah Sarakhan, 3500 keping emas darinya untuk para faqir di Makkah Al Mukarramah, 3500 keping emas untuk para faqir di Madinah Al Munawarrah… bahagi-bahagikan juga 3500 keping emas kepada mereka yang memperbanyak tilawah Al Quranul karim dari kalangan warga dua tanah suci… kemudian hendaklah mereka membawa tahlil ‘La ilaha illahlah’ 70 ribu kali dan dihadiahkan pahalanya kepada yang berwasiat ini. Beta berwasiat lagi kepada kalian untuk membahagi-bahagikan 2500 keping wang emas dari harta beta kepada mereka yang memperbanyak tilawah Al Quranul Karim, kemudian hendaklah mereka membaca tahlil ‘La ilaha illahlah’ 70 ribu kali di Kubah Batu di halaman Masjidil Aqsa.’

Kuliyah dari Khalifah Saziliyyah

Sheikh Dr Mahmood bin Abdul Rauf Al Hussaini


Zikir Sambil Menari Tiada Larangan

2015-04-25 18.02.43

whirling-dervishes

THE WHIRLING DERVISH – BUDAYA DARI ZAMAN KESULTANAN UTHMANIYAH

KOSMO 21 APRIL 2015

Zikir sambil menari tiada larangan

PUTRAJAYA
Amalan zikir sambil menari harus dilakukan selagi ia tidak keterlaluan sehingga menghilangkan matlamat utama untuk mengingati Allah.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Dr Abd Shukur Hussin berkata terdapat banyak dalil yang menyokong amalan itu termasuk daripada ayat Al Quran, hadis dan kalam ulama.

Menurutnya berzikir adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam, dan ia merupakan amalan hati iaitu dengan menumpukan segala ingatan kepada Allah secara bersungguh-sungguh.

“Berkaitan zikir menari pada asasnya tiada larangan khusus terhadap perbuatan melakukan zikir sambil menggoyangkan badan”

” Bagi mengatakan haram atas dasar Rasulullah tidak pernah melakukannya, ia adalah tidak tepat kerana pada asasnya, perkara harus kekal harus melainkan ia bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini semalam.

Isu zikir sambil menari timbul selepas satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan perbuatan itu menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.


Promosi Lagu Untuk Upgrade Roh

 

IMG_9590.JPG

IMG_9595.JPG

Assalamualaikum….

Roh sebenarnya adalah hati nurani manusia.

Roh merupakan sebahagian dari 3 bahagian anggota batin manusia , yang tidak kelihatan (ghaib), selain akal dan nafsu.

Sepertimana jasad lahir yang memerlukan makanan yang bagus untuk sihat, begitu juga roh insan.

Makanan bagi roh, kesannya kepada jiwa, bergantung kepada kecenderungan atau watak seseorang, ada bermacam-macam. Solat, membaca atau mendengar  Al Quran, mentelaah serta mendengar ilmu, zikir lidah mahupun di hati, tafakur, muhasabah, mendengar peringatan termasuklah mendengar bait sajak atau lagu.

Masa untuk mendengar lagu? Pejabat saya dekat dengan rumah. Perjalanan termasuk parking selalunya cukup untuk memasang satu atau 1setengah lagu sahaja. Selalunya semasa memandu saya akan memasang lagu dari kompilasi box net saya 👉 👆 -lihat di sidebar blog ini – ( lebih 40 items, kebanyakannya lagu group Generasi Harapan ) yakni dari pen drive, ataupun lebih kerap dari 3 CD Hafiz Hamidun, koleksi Zikir Terapi 1 hingga 3. Saya ada upload 3 lagu Hafiz Hamidun dalam box net saya. Seriously, saya hanya mendengar lagu di dalam kereta sahaja, sebab, di masa lain memang tidak berapa rajin…

Namun beberapa lagu yang sesuai dengan jiwa, dalam masa sesingkat itu diharap dapat meng’upgrade’kan roh kita yang perlukan makanan, agar ia sentiasa ingat akan hakikat sebenar hidup di dunia ini, tentang tujuan hidup, dosa, kematian, akhirat….

PS : Anak-anak saya sudah biasa dengar lagu nasyid di dalam kereta….Dari album tertera di atas, lagu no 7 dan 11 agak rancak, jadi mereka siap buat ‘head banging’ dan macam-macam koreografi lagi bila terpasang lagu tu… Kalau dalam perjalanan yang agak jauh dan bosan dengan nasyid, cepat-cepat mereka tukar ke hitz.FM…. Ini selalunya peluang yang diizinkan untuk beberapa waktu sahaja 😂


Blog (Diharap) Aktif Semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah hampir tiga bulan blog ini ditutup, maka pada tarikh ini, 27/8/14, ia diaktifkan semula.

Diharap akan dapat teruskan…

…sejak mula memblog pada tahun 2006, banyak pengalaman yang saya dapat. Saya mendapat ramai rakan melalui alam maya melalui blog ini. Rakan Ikhwan dari negara sendiri tentunya, Indonesia, Australia, Jordan, termasuklah saudara baru…..melalui blog ini jugalah saya dapat rakan-rakan dan followers di FB yg jarang dibuka 😄.

Twitter mungkin lebih menarik kerana kita tidak perlu lagi membeli akhbar bercetak atau menonton TV untuk updatekan diri dengan current news….

pada awal memblog dulu, saya sangatlah rajin cek stats setiap hari. Inilah penyakit para blogger yang perasan rasanya…

Kenangan paling manis adalah semasa kes kehilangan pesawat MH370 Mac lepas, di mana dalam suatu hari tu, blog ini telah mendapat sebanyak hampir 200k views.

Namun semua posting yang (sensitif dan mengelirukan orang yang keliru) berkaitan kes itu telah pun menjadi bahan yang tidak boleh diakses kepada umum.

Semangat memblog sekarang memang jatuh merudum. Mungkin kerana dengan meningkatnya usia…. Hidup di alam seberang lebih perlu difikirkan, wajib diusahakan, malah perubahan mandatori sangat-sangat perlu dilakukan. Jadi  fokus diri sudah tidak dapat ke alam maya ini. Kadang-kadang berfikir, apakah ada manfaatnya apa yang dilakukan ini, jika bekalan sendiri ke alam sana masih sangat kurang…? Bukan ada lebihan masa sangat…….. Jadi niat kenalah diperbetulkan… Dan sifat kehambaan itu perlu kerana setiap sebesar zarah akan dikira…

Juga, salah satu sebab saya buka semula blog ini adalah kerana niat seorang senior, merangkap pensyarah saya di universiti dulu, yang telah ‘ membelanja’ saya untuk membeli domain ‘dot com’ serta untuk upgradekan customized design blog ini. Bukanlah wang itu yang dijadikan ukuran tetapi beliau berkata ‘ Tak banyak pun tetapi inilah saham akak untuk kebangkitan Islam, dengan akak sponsor blog HW ini..’

and that was months ago……

Seriously kak?? ( Kebangkitan Islam 😪😓 )??

Thank you so much Kak ZH.

Juga sebab ada permintaan seorang student di alam maya ni, yang miss ( rindu lah kiranya kan ) kisah catatan imaginasi seorang perisik yang telah beberapa siri disiarkan di blog ini. 😰 – despite the limitation now ( from the authorities and myself)  I will try to come up with something –  thank you dik for your continuous support.

Lastly, di sini ada dua foto kenangan :

IMG_9450.PNG

IMG_9449.PNG

 


Al Fatihah Atas Kemangkatan YM Sultan Azlan Shah

10372625_865225590160668_9026930415101046766_n

Dari kanan YM Sultan Azlan Shah, YM Tengku Raja Ashman, Yg Berbahagia Mulia Sheikh Nazim Adil Haqqani AlKubrisi ( Ketiga-tiganya sudah pulang ke Rahmatullah)

 


Sedikit Coretan Hasil Kursus Pemantapan Akidah

image

Yang Berbahagia Puan Ibu Hatijah Aam

Sejak kembalinya para kepimpinan Syarikat GISB Holdings dari kursus di Jelebu selama dua minggu itu, saya telah beberapa kali berpeluang menghadiri majlis penerangan yang disampaikan kepada para pekerja GISB Holdings. Menyelinap masuk di kalangan mereka adalah suatu yang mudah, kerana bekas-bekas anggota jemaah Global Ikhwan ini tiada bezanya cara berpakaian dengan masyarakat umum, terutama yang wanita. Ini antara coretan yang saya sempat catatkan.

1) Untuk menghadiri majlis penerangan yang diadakan di Segambut, Kuala Lumpur pada suatu hari, saya bertolak dari Shah Alam dengan menumpang kereta rakan pekerja tetap Syarikat GISB Holdings sekitar jam 6.30 petang, sebab majlis bermula sekitar jam 9.00 malam. Kebiasaan amalan anggota bekas jemaah adalah mereka akan bersolat jamak Maghrib dan Isyak setibanya di Segambut kerana masalah kesesakan jalanraya akan menyebabkan terluputnya waktu Maghrib di perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa 30-36 minit (info Google Maps) boleh menjadi hampir 2 jam atau lebih kerana masalah kesesakan, kalau ikut highway dengan tempoh selama itu, boleh sahaja kita sampai ke Melaka atau Ipoh. Namun, disebabkan mematuhi fatwa mazhab Imam Syafie yang dianuti majoriti kita, perjalanan kurang dari dua marhalah, walaupun mengambil masa seolah-olah melebihi dua marhalah perjalanan, kami berhenti di surau Kampung Melayu Subang untuk solat Maghrib. Kemudian setibanya di Segambut, kami pun bersolat Isyak (kami tiba setelah solat Isyak berjemaah selesai), sekitar 9.00 malam. Penganjur kursus di Jelebu sangat menekankan mematuhi fatwa yang biasa diamalkan masyarakat awam, terserlah kecintaan mereka, para ulama pada agama Islam, inilah yang wajib diikuti semua peserta kursus. Untungnya Malaysia kerana masih ramai para ulama kita mempertahankan akidah ASWJ. Di sudut feqahnya sangat mempertahankan Mazhab Syafie.

20140517-211354.jpg

Pertama kali menjejakkan kaki di sini…

2) Semasa di Jelebu, pihak penganjur yang prihatin, dikeranakan telah mendapat aduan dari team veteran anggota bekas jemaah Arqam yang sudah lama bekerjasama penuh dengan pihak berwajib, maka program menghalau jin (exorcism) telah menjadi satu agenda. Sebelum kursus bermula, program ini menjadi keutamaan supaya segalanya berjalan lancar.

Kamera video siap terpasang untuk dijadikan bahan bukti kepada para anggota Syarikat GISB bahawa dalam keadaan tidak sedar, makhluk-makhluk halus yang didakwa mendampingi mereka akan terserlah. Read the rest of this entry »


Isu Terkini GISB Holdings Sdn. Bhd : Pemulihan Akidah

image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pembaca regular blog ini, saya mohon maaf atas beberapa rombakan terutama dalam arkib entri dan komen dalam laman web ini. Sebanyak hampir 450 entri dan 5000 komentar telah pun dijadikan bahan arkib yang tidak dapat diakses umum.

Secara terus terang, hampir dua pertiga entri dijadikan private sebagai mematuhi fatwa yang diwartakan JAKIM ke atas (dahulu jemaah Global Ikhwan ) syarikat GISB Holdings, sempena program pemurnian akidah dan deklarasi taubat para anggota syarikat GISB Holdings.

Dan secara terus terang tanpa berselindung, beberapa perkara ikhtilaf haruslah dilupakan dan dibersihkan dari dipromosi oleh syarikat GISB Holdings yakni nama-nama individu spesifik, tentang negara Islam, tentang kebangkitan Islam di akhir zaman, tentang tarikat, tentang karamah para auliya, daulah Islamiyah dan hadis-hadis yang dikaitkan dengan Imam Mahdi, Nur Muhammad, Fata at Tamimi dan seumpamanya yang masih samar-samar di kalangan umat Islam di Malaysia mahupun sedunia.

Tambahan lagi apabila isu tentang beberapa hal di atas dapat membawa tergelincirnya akidah sesiapa jua pun dalam syarikat GISB Holdings, apatah lagi membingungkan serta menjauhkan masyarakat, di mana jika ada hal-hal ikhtilaf tersebut menyalahi prinsip Rukun Iman yang enam, maka hendaklah dibersihkan terus dari minda dan hati.

Namun di blog Heliconia ini, sebagai sebuah blog peribadi, saya tetap mengketengahkan penulisan tentang Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, kebangkitan Islam, Dajjal, bab tariqat, hadis-hadis akhir zaman yang ditulis secara umum, yang bahannya memang begitu banyak di buku-buku mahupun di internet, dalam berbagai bahasa. Saya juga mengekalkan hadis dan atsar Sahabat mahupun tulisan para ulama silam ASWJ serta ulama tassawuf tentang beberapa isu di page blog ini.

Siapalah yang cintakan Islam yang tidak merindui era kemenangan Islam, walau ia mungkin 1000 tahun lagi dari sekarang. Walau ia sangat samar-samar dan masih sangat dikaji dan ditunggu-tunggu semua umat Islam sedunia. Walau ia disarankan untuk dilupakan, sekurang-kurangnya semangat para anak muda dan azam mahu membaiki diri dan tekad berdakwah kepada masyarakat itu ada.

Syaratnya semua bahan tersebut yang dibincangkan adalah umum. Syarikat GISB Holdings kini semata-mata berjuang sebagai para kumpulan usahawan Islam yang bergerak di atas platform syarikat perniagaan Bumiputera.

Target JAKIM dan JAIS, adalah pada masa terdekat ini, para motivator dari GISB Holdings diharapkan akan bersama berganding bahu dalam apa jua program keagamaan bersama masyarakat umum. Begitu jugalah dalam bidang teknologi untuk menyebarkan Islam dalam pelbagai bentuk, yakni bidang media – majalah dan penulisan, produksi hiburan Islam seperti filem, dokumentari. teater, nasyid, mahupun teknologi penyiaran internet seperti program-program live streaming, tenaga remaja GISB Hodings akan dikerahkan untuk memberi sokongan.

Semua ini bertitik tolak baru-baru ini, dengan kerjasama JAKIM dan JAIS, apabila era taubat bekas-bekas Arqam yang dirintis pada tahun 1994 semasa Abuya bertaubat dahulu telah mencapai kemuncaknya. Satu kursus dua minggu secara intensif yang dipanggil Program Pemulihan Akidah telah dijalankan di Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu, dari 13 – 27 April 2014.

Segala hal yang bertentangan dengan rukun Iman yang enam, dengan ini, semoga dibersihkan sebersihnya agar akidah menjadi suci.

Semoga kemuncak keakraban dan keikhlasan antara pihak berwajib dan para anggota bekas kumpulan Al Arqam ini akan membawa satu impak yang sangat positif dalam mengimarahkan lagi Islam di negara Malaysia.

Anda nanti boleh membaca pengalaman-pengalaman yang ditulis sendiri oleh ahli lembaga pengarah Syarikat ini yang saya petik di blog ini, di mana mereka adakah peserta kursus tersebut.

Saya sebagai ‘orang luar’ juga pengendali blog ini, insyaAllah sentiasa menyokong perjuangan Syarikat GISB Holdings selama ini, dengan ini juga akan terus mendukung apa sahaja misi Syarikat ini.

Artikel-artikel yang saya reblog (blog semula) di bawah adalah dari pekerja sepenuh masa, motivator, penasyid (all in one), mahupun tulisan para ahli lembaga pengarah Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.

Akidah dalam Islam, itulah tonggak utama iman, apabila dilanggar mana-mana rukun Iman ini secara perbuatan, apalagi secara hakikat, maka rosaklah akidah seorang Muslim. Dalam Islam, apabila seseorang itu sudah menyatakan ulangan taubatnya, sudah berkali-kali mengucapkan kalimah syahadah, masyarakat haruslah menerima secara terbuka, bersangka baik dan terus berkasih sayang.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,175 other followers